ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Jumaat, 24 Jun 2016

Dua Maut Nahas 14 Kenderaan


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kemalangan membabitkan 11 kereta dan tiga lori.
Kuala Lumpur: Dua maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, 9.37 pagi tadi.

Rabu, 15 Jun 2016

KADAR TOL BARU MASIH DIBINCANGKAN, TAPI PEMBANGKANG DAH PUBLISITIKAN KADAR TOL LEBUHRAYA DAH NAIK!!!

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada keputusan muktamad kenaikan tol, seperti digembar gemburkan.

Ulasan: Terima kasih kepada Penulis Blog ini. Fakta yang diberikan wajar difahami, cuma ada bbrp perkara yang telah diberi 'nafas baru' melalui Transformasi dan ketelusan PM Najib Razak serta Menteri Kementerian Kerja Raya Malaysia, DS Fadillah Yusof.

Treler Rempuh Dua Kenderaan, Tol

Difahamkan tiada Jurutol di pondok tol terlibat.
PETALING JAYA - Dua kenderaan dirempuh sebuah treler yang hilang kawalan sebelum merempuh pondok tol Plaza Tol Subang Jaya susur keluar dari Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), petang tadi.

Selasa, 14 Jun 2016

22 Pemandu Guna Lorong Kecemasan Bakal Didakwa

"Kita beri tempoh 21 hari hingga 21 Jun ini kepada mereka yang belum hadir. Jangan tunggu hingga tempoh itu berakhir kerana pihak JPJ mempunyai bukti kenderaan terbabit berada di Selangor dan Johor, - Datuk V Valluvan"
MELAKA: Seramai 22 pemandu kenderaan yang dikenal pasti menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang ambulans membantu mangsa nahas di Kilometer 228 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Simpang Ampat, Alor Gajah di sini, bulan lalu, bakal didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada 18 Julai ini.